01 June 2010

Bagaimana Melupakan Kekasih Lama

Posted by   on



Bagaimana Melupakan Kekasih Lama

Pertama....

Menghapus kenangan bersama si dia. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.


Kedua....

Jangan menyeksa diri. Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
Ketiga.....

Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.


Keempat......

Berhenti membandingkan. Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.


Kelima.....

Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.


Keenam....

Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya. Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.


Ketujuh.....

Rakan dan keluarga pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.


Kelapan....

Cipta fantasi. Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif..

Harap-harap idea-idea diatas dapat digunakan bagi sesiapa yang mahu melupakan Si dia....Hope ini membantu...


p/s : Susah Sebenarnya nak lupa org yg disygi....

  1. semua cara tu tak berkesan
    any better idea mang?
    gyahahhahaah~

    ReplyDelete
  2. Salam...

    wah,byk tips menarik nih...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  3. cara ni dah selalu buat..walau ape pon,depends kt diri sendiri jugak kan.. ;p

    ReplyDelete
  4. sedey lak bca yg nie..nk bt tp xykin brksan..anyway thanks 4 da tips

    ReplyDelete
  5. xpernah sgka sakit smpai cmni bile ptus cinta dgn org yg sgt dicintai. ='(

    ReplyDelete
  6. dah try tapi sume tak menjadi..huhu.. makin rindu, syg and teringt lg ade la... susah o nk lupakan orang yg kite syg...
    hanye tuhan sahaje yg tau ape yg kite rasa...huhuh

    ReplyDelete
  7. Kalau berkasih dengan Allah tak pernah sesaat Allah curang pada kita.

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter