Mari Bergelak Ketawa dengan cerita yang menarik dan menyeronokan jiwa raga.. Cerita ini tiada kaitan antara orang yang hidup atau orang yang baru atau dah lame meningalkan dunia ini..(^^)
MERABA
-----
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi.-----
Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...
BUKU BANK
--------------
Suami: Kenapa Sayang menangis?--------------
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Penghujungnya menyedihkanlah bang...
Suami: Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah...
DERMA DATUK
-------------
SEORANG lelaki tiba ke sebuah rumah untuk meminta derma bagi rumah tumpangan orang-orang tua.-------------
Seorang budak pun membuka pintu.
Budak: Derma apa bang?
Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak: Nanti kejap ya bang. Saya ambilkan datuk saya.
TUNANG Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan tali pertunangan mereka.
Farid: Mengapa?
Siti: Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum itu, awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid: O.K. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu awak. Banyak sangat gambar wanita yang saya simpan. Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya...
GELAGAT DATUK
---------------
SEORANG datuk baru membeli sebuah motosikal baru. Kebetulan semasa dalam perjalanan pulang, beliau terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang.---------------
Sepanjang perjalanan, kawannya terperasan yang datuk hanya menggunakan satu gear sahaja. Maka bertanyalah si kawan itu.
Kawan: Kenapa kamu hanya pakai gear satu sahaja?
Datuk: Kalau rosak gear satu, aku ada dua lagi gear.
ORANG ASLI DAN POLIS
--------------------
Orang Asli: Selamat pagi tuan.--------------------
Polis: Selamat pagi. Apa hal?
Orang Asli: Saya nak buat laporan tuan.
Polis: Pasal apa itu?
Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli: Dia tak pukul. Dia terkam.
Polis: Habis?
Orang Asli: Tak habis, tinggal kepala.
HEHEHEHE.........
even dah selalu baca, but it nice to read it again!
ReplyDeletefunny laa. pary datuk ng gear tuh lagikk aku tak tahan. bijak sungguh!
mmg bijak..tp nmpk mcm sengal je..(--)
ReplyDeletex penah baca lagi jokes2 ni.mmg klakar XD
ReplyDeleteLatest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?
hehehhe.. like2.....
ReplyDeleteDark Half~ biasa lh..(^^)
ReplyDeleteaque ~ Suke terus bace lg..hehehe..