21 October 2010

Pencuri...!!!!!

Posted by   on



Suatu malam yang gelap( takkan malam terang bederang pulak) seorang pencuri nak pecah masuk sebuah rumah banglo. Selepas berhati-hati mengupil pintu dan masuk maka rambanglah mata si perompak melihat barang-barang yang serba mahal didalamnya.

Tengah si perompak ni syok memunggah barang tiba-tiba terdengar bunyi orang tengah buka pintu pagar. Cuak dengan keadaan tersebut si pencuri menyoroklah kat dapur. Nak jadi cerita Tuan Empunya Rumah Banglo ialah si tauke cina dengan penatnya terus naik tangga tanpa tutup pintu atau tinjau keadaan dalam rumahnya (penat sangat kot). Si pencuri pon gembira kerana kecuaian tauke tersebut sehingga tanpa disedari telah terlanggar Benda kaca. Bunyi kaca pecah itu mengejutkan tauke tersebut.

'aiyaaaa, sapa mau bikin kacau sama saya tengah malam ini maa' kata tauke sambil turun tangga.

Pencuri mula cuak.Dengan pantas pencuri itu menyalak
'woff woff,gong gong,ralf ralf ' (kerana cuak semua jenis bunyi anjing dia bunyikan)

'aiyaa, wa ingat wa bela kucing ,mana ada wa bela anjing woo'
si tauke bersiap sedia dengan penyapu.

si pencuri pon tukar bunyi kucing mengiau pulak.
'MEOUW' (bunyi keras)

'aik,wa ingat wa punya kucing itu betina,bila masa pulak kucing gua tukar itu punya jantina?'

si tauke semakin menghampiri dapur.

si pencuri itu pon melembutkan suara.
'miaw'(bunyi lembut)

si tauke pon berhenti.
'aiyakkk. Baru wa ingat,wa punya kucing sudah lama mati ooo. Ini bunyi hantu kucing maa'. Si tauke pon terus berlari ke bilik.

Konpius dengan keadaan tersebut si pencuri pon keluar dari rumah itu tanpa apa-apa habuan.

HeHeHe (n_n)

  1. suker taw baca psl beza lelaki & perempuan..ada gak yang kene ngaku hehe

    ReplyDelete
  2. @POSH76

    bace bnyk2 kali kalu suka..hehehe

    ReplyDelete
  3. @ Cik Su

    x perlu kecian.. Sapa suruh msk Umh nk curi.. last sndri pening..

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter