25 July 2011

Kolam Berkocak Di Biar Sehingga Tenang Airnya

Posted by   on

Hye2, Ku nak b'kongsi dengan korang 1 cite. Cite amat sesuai bagi korang yang otak serabut coz memikir hal2 masalah kewangan, peribadi dll. Elok cite ni untuk pedoman bersama..

Di sebuah desa yang permai terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.

Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan main marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun usahanya gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yang sedang dihadapi. Lalu Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu dengan tenang berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata.

Orang Tua : Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!


Pengajaran:
Kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter