31 July 2011

Pensyarah vs Guru

Posted by   on


Hye2, Mari kita ceriakan hari dengan perlawanan minda antara Guru dan Pensyarah Universiti. Ini perlawanan minda ok, bukan pergaduhan yang berfaedah. Kita akan lihat sape yang pandai dalam bab uji minda....

Pensyarah Universiti dan guru di dalam keretapi menuju tempat seminar. Suasana perjalanan agak boring. Jadi, untuk mengisi masa yang ada, Pensyarah mula berfikir untuk bermain permainan dengan guru.

Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tak dpt jawab awak bagi saya RM50 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM50.

Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

Pensyarah : Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM50 dan awk bagi soalan kat saya kalau saya tk dpt jawab saya kene byr awk RM500.

Si guru terfikir..
Dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak ****h. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan.

Pensyarah : Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM50 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata

Pensyarah : Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun.

Si guru berfikir sejenak lalu berkata

Guru : Erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya.. lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu.. Tidak jugak mendpat jawapan.. Lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM500 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..

Tiba-tiba si pensyarah bersuara..

Pensyarah : Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?

Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM50 tanpa berkate apa.

Aku saran kat korang, jangan lah pikir korang je hebat walau berpelajaran tinggi. Terdapat ramai lagi insan yang hebat walaupun hanya berpendidikan rendah. Renung2kan...

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter