09 September 2011

Top Up & Starter Pack Kene Cukai Perkhidmatan 6%

Posted by   on

Hye2.. Lepas 1 persatu kene cukai.. Mula2 Astro kene cukai kali nie pule berkaitan komunikasi pula.. Nampaknya kita sekarang duduk di negara yang penuh cukai.. Jika astro kene cukai tak ramai sangat bising coz ade yang tak guna astro.. Tapi Prabayar hampir semua orang guna..


Bagi yang tak tahu lagi mulai 15 September 2011 ni, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar ( top up ) dan pek permulaan prabayar (starter pack), tak kiralah korang pakai maxis, celcom, digi, umobile atau mana-mana telco yang lain.

Apa yang korang patut ambil tahu ialah mulai 15 September 2011 semua pelanggan prabayar perlu menanggung cukai perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Jadi lepas ni kalau nak top up korang perlu bayar 6% lebih daripada nilai top up yang kita beli. Sebagai contoh kalau korang beli top up RM 10, bermakna korang perlu bayar RM 10.60 & nilai top up yang korang dapat tetap jugak RM 10. Kalau nak lebih terang & jelas korang boleh tengok jadual kat bawah ni.


Macam-macam kita kene cukai... Cuma kita berapa tahu sangat apa lagi yang kita kene cukai lagi.. Dalam kehidupan harian kita sentiasa kene cukai... Tapi kenapa masih ramai lagi yang masih miskin walaupun dah banyak duit diambil dari kita...Pikir2kan...

  1. Kerajaan seharusnya bekukan permintaan syarikat telco!!! Dorang untung dah cukup banyak!!!

    Entry Terbaru : Topup Dan Pek Sim Baru Naik Harga

    ReplyDelete
  2. hmm...ble start ni..dh lme xbeli tpup..nseb bek org support...hehee

    ReplyDelete
  3. arrayah.info - Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter