05 December 2011

Platfrom Mana Yang Bagus..? Blogger Or Wordpress

Posted by   on


Hye2..Ramai orang suka berblogging dan ramai blogger tahu yang mana di dalam dunia blogging, terdapat perbezaan yang ketara di antara dua platform ini. Perbezaan ketara bagi kedua-dua jenis blog ini adalah ianya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

Adakah korang sebagai blogger tahu apakah antara kelebihan yang ada pada WordPress Self Hosted Blog berbanding Blogspot?

Jika dilihat fenemona blogging di Malaysia ini, ramai dikalangan rakyat Malaysia cenderung untuk memilih platform blogspot sebagai medium untuk berblogging disebabkan ianya amat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membinanya. Nah! Itu merupakan salah satu kelebihan blogspot yang sudah terang lagi bersuluh adalah hak milik Google Inc.

Jadi untuk menjawab persoalan yang rasanya sudah muak dikalangan blogger, mana satu yang lagi bagus? Mari kita sama-sama lihat apakah kelebihan dan kekurangan yang ada pada kedua-dua platform ini. Kita mulakan dengan WordPress.org, bukan WordPress.com ye.

WordPress (self hosted)

Kelebihan

1.Wordpress bukan sahaja digunakan untuk blog, tetapi lebih dari itu, platform wordpress lebih kepada ‘open source’ di mana anda bebas menggunakan script yang diberikan untuk menjadikan site seperti e-commerce,portal,apps site dan banyak lagi.

2.Mempunyai nama domain sendiri seperti blogsaya.com Jiwasyok.net dan banyak lagi yang ada diinternet.

3. Korang bebas melakukan apa sahaja perkara tentang blog anda tanpa halangan. Walau bagaimanapun, korang perlu juga meneliti apakah antara plugin atau script yang dilarang install di blog anda kerana sesetengah hosting tidak membenarkan script atau plugin tertentu diinstall ke hosting anda.

4. Peluang untuk blog korang meningkat naik adalah lebih cerah dan risiko blog korang hilang adalah amat kurang..apa pun ianya bergantung kepada komitmen korang untuk membayar yuran langganan hosting + domain pada setiap tahun atau setiap bulan.

5.Blog korang ada harga yang baik dalam pasaran jualan laman web.Blog yang popular dan juga mempunyai isi kandungan yang unik dan mempunyai impression atau conversion rate yang tinggi, akan membuatkan value blog anda . Tahukah korang pada satu ketika dulu dunia blogging digemparkan dengan seorang blogger Malaysia yang telah berjaya menjual blog beliau dengan harga USD10,000? Hanya dengan mempunyai satu blog niche yang ditulis dalam Bahasa Inggeris?

6.Dari segi SEO nya adalah lebih baik. Ini merupakan salah satu aspek teknikal yang perlu diambil kira.Bukan bermakna blog dari platform blogspot tidak baik dari segi SEOnya tetapi masing-masing mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri..

Sekarang mari kita lihat apakah kebaikan platform Blogspot?

Blogspot

Kelebihan

1.Ianya adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang kos.Anda hanya perlu ada akaun GMAIL dan anda sudah layak untuk berblogging. Apa yang perlu difikirkan hanyalah nama domainnya sahaja.

2. Google mengutamakan blogspot dahulu untuk dicrawl oleh robot crawler mereka. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada elemen SEO yang ada pada blog anda.

3. Boleh hasilkan berpuluh-puluh blog atau beratus-ratus blog dengan hanya satu akaun atau lebih.Tak perlu membeli domain, anda boleh hasilkan blog ini dengan banyak tanpa fikir panjang.

4. Mudah setup berbanding WordPress yang memerlukan sedikit pengetahuan teknikal mengenai hosting dan domain.

Jadi apakah kekurangan bagi kedua-dua platform ini ye? Mari kita tatap dan renungkan apa pula kekurangannya?

1. Platform blogspot mempunyai risiko didelete oleh Google yang mempunyai kuasa mutlak ke atas blog korang. Bayangkan jika blog anda telah dibangunkan selama lebih 7 tahun dan Google syak anda melakukan kesalahan setelah mendapat flag dan juga report yang banyak mengenai site korang.. Apabila Google bertindak menghapuskan blog korang, tiada apa yang dapat dilakukan..

2. Platform WordPress amat baik, namun korang perlulah bijak memilih hosting account dan juga domain register untuk blog atau site korang. Ku amat sarankan korang membeli hosting yang berlainan dan juga domain register yang berlainan supaya memudahkan korang untuk memasarkan domain korang. Ini disebabkan jika tersalah memilih hosting, nama baik dan risiko blog korang untuk tidak dapat diakses adalah tinggi kerana masalah server down atau server overload atau Bandwith Exceed Limit yang bakal di hadapi.

Terpulang kepada korang untuk menilai mana yang lebih baik. Ianya bergantung kepada Kenapa korang Mempunyai Blog sebenarnya. Adakah anda hanya berblogging dalam pasaran Malaysia atau ingin ke market yang lebih besar? Pilihan di tangan korang sebenarnya..

Ada juga yang berkata ada juga yang pakai blogspot mempunyai income 10K sebulan hanya dengan blognya sahaja..tetapi apa pula yang akan jadi jika Google menutup blognya?

Mungkin ada juga yang berkata,

"kalau kita tak buat salah, kenapa nak takut kan?"
Hati orang kita tak boleh duga sebenarnya… kita tak dapat menduga apa yang mampu dilakukan oleh pesaing kita yang sentiasa melihat perkembangan blog yang menjadi pesaingnya..

Jadi adakah korang ingin menjadi seorang blogger? Tanya diri korang dahulu kenapa anda berblogging dan barulah tetapkan matlamat dan hala tuju blog korang supaya korang mampu maju dalam arena blogging.

  1. Actually aku juga salah seorang mangsa 'kekejaman' Google yang tidak ada hati, perut, usus dan limpa... Yang mana blog lama aku yg dihost kat blogspot kena flag, pastu kena mark sebagai adult content... Nak masuk ke dalam blog pun susah... Dah report kat technical support dia tendang kita mcm bola... Lastly buat blog baru dalam wordpress guna hosting...

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter