27 June 2012

Artis | Saiful Apek Tidak Bersalah, Apa Kata Peminat.

Posted by   on

26 Jun – Pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek meluahkan rasa bersyukur selepas dia dan tiga rakannya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, daripada tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, dua tahun lalu. 
"Saya bersyukur kerana bebas dan percaya kepada ketelusan undang-undang serta Perlembagaan," kata pelawak veteran itu di luar Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusuff dibebaskan selepas Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pelakon berusia 43 tahun, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Ehsan Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.
 
Sebelum ini, Apek dan tiga rakannya dituduh menggunakan dadah tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada 12 Jun 2012. 
Kesemua tertuduh kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimun dua tahun atau denda.
Sementara itu, Apek nyata terharu terdapat keputusan itu dan dilihat menadah tangan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada peguamnya yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya, dan berkata penantiannya selama ini tidak sia-sia selepas dibuktikan tidak bersalah.-sumber Yahoo & 
Cinema Online

Selamat juga Saiful Apek daripada tuduhan dadah. Sampai tadah bersyukur Saiful Apek bila keluar makamah. JS berharap Saiful Apek tidak lagi terlibat dengan najis dadah.

JS lihat walaupun kes ini berkait rapat dengan dadah, populariti Saiful Apek langsung tidak terjejas seperti artis lain. Ada sahaja muncul di kaca TV, jika artis lain mesti sudah kena 'black list' oleh pihak media.

Kalau anda layari Yahoo, anda dapat lihat komen berbau sakit hati dan pertikai perlepasan Saiful Apek.



Hanya ini sahaja yang JS boleh kongsi dengan anda. Kalau hendak lebih lagi pegi ke Yahoo anda boleh baca sampai rasa marah. Anda nilai sendiri baik buruk komen anda pada seseorang tanpa bukti, tanggung sendiri diAkhirat nanti..

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter