Adakah kad kuning dan merah telah digunakan sejak bola sepak diperkenalkan? Kad kuning dan merah ini diperkenalkan hanya pada Piala Dunia tahun 1970. Tetapi inspirasinya bermula pada Piala Dunia tahun 1966 ketika pertemuan England bertemu Argentina pada peringkat suku akhir.
Pengadil perlawanan ketika itu Rudolf Kreitlein yang berasal daripada Jerman telah mengadili perlawanan itu. Dia telah memberikan arahan kepada kapten Argentina, Antonio Rattin untuk keluar padang kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan. Walaubagaimanapun, Rattin tidak mengendahkan arahan tersebut kerana tidak faham bahasa yang ditutur oleh pengadil Jerman tersebut. Pengadil tersebut hanya tahu berbahasa Jerman dan Inggeris. Jadi, ia satu kesulitan untuk menjelaskan kepada Rattin. Sehingga memaksa seorang pengadil bertugas yang berbangsa Inggeris, Ken Aston yang mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina masuk ke padang untuk menyuruh kapten Argentina itu keluar padang.
Rudolf Kreitlein
Idea itu diterima FIFA. Pada piala dunia 1970 pertama kalinya kad kuning dan kad merah digunakan. Akan tetapi, sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, hanya satu kad kuning yang dilayangkan serta tidak ada kad merah yang diberikan. Walaupun idea ini datang daripada seorang pengadil yang berbangsa Inggeris, tetapi tidak digunapakai serta merta dalam Liga Inggeris dan hanya digunakan pada tahun 1976. Disebabkan pengadil kemudiannya terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada tahun 1981 dan 1987.
Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna lampu isyarat iaitu hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.
Sumber : adamjuni
Bahasa isyarat paling mudah untuk difahami. Tapi ada juga yang masih tidak faham maksud isyarat Kad Kuning adalah amaran. Kad Merah adalah buang padang...
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...