Setiap tahun bila tibanya bulan Ramadhan terdapat satu tanggungjawab yang perlu di laksanakan oleh umat islam ialah menunaikan Zakat Fitrah. Bagi kita yang mampu, wajib membayar Zakat Fitrah. Zakat Fitrah perlu dibayar sebelum solat Hari Raya Aidilfitri.
Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri. Berikut ialah Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1433H/2012 mengikut negeri di Malaysia.
Penetapan Kadar Zakat di Malaysia
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.
Penetapan kadar zakat telah ditetapkan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003.
Zakat boleh dibayar dikaunter zakat atau wakil yang telah dilantik. Tunaikanlah kewajipan anda.
yup.. jangan lupa bayar zakat semua..
ReplyDelete