JS baca satu berita mengenai cara pegawai JS membuat serbuan terhadap rumah yang disyaki ada maksiat. Cara mereka buat serbuan agak kurang elok sebagai Sebuah jabatan Agama. Sudahlah pecah pintu pagar, tidak pula mohon maaf bila telah buat kesilapan.
JS kongsi sedikit berita untuk tatapan anda.
AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama. - baca seterusnya di YAHOO MALAYSIA
Bukanya nak pertikaikan tindakan JAIS, tetapi jika salah silalah minta maaf. Sudahlah pecahkan pagar pintu, herdik pula tuan rumah. Nasib baiklah tuan rumah, Razman tidak saman JAIS jika tidak buat malu sahaja sebuah jabatan Agama Islam.
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...