Perbankan internet sungguh menyenangkan kita untuk membuat urusan seharian. Segala urusan pembayaran bil, pinjaman dan pemindahan wang dihujung jari sahaja.
Dahulunya terpaksa menunggu berminit hingga berjam lamanya hanya untuk membuat segala urusan di Bank. Dengan kemudahan perbankan internet segalanya menjadi mudah. Segala kemudahan ada risikonya, jika diambil ringan risiko ini wang didalam bank hilang atau dicuri dengan mudah oleh pihak yang tidak berhati mulia.
Jika anda mendapat email seperti dibawah, sila abaikan. Kerana inilah salah satu cara pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapat maklumat untuk memasuki akaun e-banking anda.
Nasib JS tidak tekan log in pada email dan log in e-banking, jika tidak habis duit dalam bank hilang. Berhati - hati dengan email berkaitan e-banking. Jangan mudah percaya pada email seperti di atas. Mencegah lebih baik daripada merawat.
hmmmm.... kena berhati2 ni... huuuu.....
ReplyDelete