Pelajar akan datang yang hendak membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mesti mempunyai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Semestinya maklumat ini anda sudah ketahui bukan. Tahukah apa itu SSPN?
"Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan."
Tapi tahukah anda cerita sebalik SSPN ini yang anda tidak ketahui. JS baru tahu maklumat ini sendiri daripada pekerja Bank ketika teman kawan buka akaun SSPN untuk anaknya.
- Duit dalam SSPN digunakan untuk duit pusingan bagi memberi pinjaman kepada pelajar lain.
- Simpanan dalam SSPN tidak boleh dikeluarkan jika wang simpanan tidak mencecah RM1500.
- Jika Wang simpanan Mencecah RM1500 anda boleh mengeluarkan hanya 10% jumlah duit dalam 1 tahun.
- Jika anak anda sambung belajar di IPTA, SSPN akan memberi hanya RM1500 untuk 1 semesta sahaja.
- Jika simpanan melebihi RM3000 anda akan dikenakan cukai pendapatan semula.
- Sekiranya anak anda tidak sambung belajar atau meninggal, Wang tersebut tidak boleh dikeluarkan. Sebaliknya perlu diwarisi sama ada anak anda yang lain atau cucu anda.
Pekerja bank menyarankan bahawa cuma deposit RM20 sahaja sekadar ada akaun. Dia menasihati menyimpan duit untuk masa depan anak kedalam akaun simpanan atau Simpanan Pelaburan lebih menguntungkan serta mudah membuat pengeluaran tanpa banyak peraturan pelik..
Maklumat ini hanya untuk pengetahuan anda sahaja. Segalanya terletak ditangan anda.
thx for the info.
ReplyDelete