04 November 2012

Mengamuk Lambat Dapat Susu

Posted by   on

Pelik tapi benar itu ungkapan yang boleh dijelaskan. Hanya lambat dapat susu sanggup belasah isteri yang tidak berdosa. Hanya perkara kecil sahaja sudah menjadi perkara besar dan sangat memalukan.

Cerita ini diambil dari sebuah akhbar tempatan HMetro. Bagi yang belum membaca atau tidak perasan anda boleh lihat gambar dibawah ini...

-sumber Hmetro-

"Hanya kerana lambat menyediakan minuman susu, seorang suami tergamak bertindak kasar dengan membelasah isterinya dan mengugut ingin membunuhnya di rumah mereka di Rawang."

Pastinya ada yang tergelak pada si suami yang naik angin disebabkan hal remeh sebegini. Sebagai seorang suami anda perlu tahu bahawa isteri bukanya orang gaji dirumah. Takkan lah tidak boleh buat sendiri air susu walaupun sudah ketahui si isteri sedang melayan kerenah si kecil.

JS berpendapat si suami mungkin tengah tertekan atau pun memang seorang panas baran. Suami diluar sana sayangilah isteri yang taat pada anda dan perintah yang Maha Esa. Isteri bukannya barangan yang boleh dibuang dan dihancur sesuka hati...

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter