Untuk membuang masa di waktu petang tadi, JS pergi kesebuah pasaraya yang terletak di Bukit Beruntung. Pasaraya ini di syorkan oleh seseorang. Pasaraya Grand Union terletak di Bukit Beruntung bersebelahan Pam minyak Esso (Petron).
Dengar kata jika membeli belah disini barangan murah sedikit berbanding Tesco. Kebetulan juga ada Tesco Bukit Sentosa yang jarangnya kurang 5km dari Pasaraya Grand Union.
Biasanya JS membeli belah di Tesco, Kali ini hendak cuba di Pasaraya Grand Union. Tujuan untuk bandingkan perbezaan harga. Barang yang dibeli sama dengan barang yang JS beli pada bulan lepas di Tesco.
Selesai membeli-belah dapat disimpulkan bahawa barang di Pasaraya Grand Union MURAH berbanding Tesco. JS berbelanja barangan (guna senarai barangan bulan lepas) sama di Tesco RM350 manakala di Grand Union RM260. Memang jimat.. Cuma tidak banyak pilihan barangan di Grand Union mungkin akibat persaingan dengan Pasaraya Tesco.
Yang penting JS jimat RM90 untuk bulan ini.
nak belu barang2 ni.. mmg kena buat perbandingan.
ReplyDelete@Leeza dayasari - Itulh tugas seorg pengguna..
ReplyDeleteterjah lagi.......
ReplyDeleteBW sempena dah tukar jadi domain.