27 November 2012

YES 4G Wifi vs Maxis Broadband 3G Wifi

Posted by   on


JS terlihat satu Broadband dari Telco YES 4G semasa di Mall. Agak menarik juga jika guna broadband wifi untuk layari web. Kalu guna wifi, smartphone dan Laptop boleh guna secara serentak.

Sebelum itu kenalah bandingkan dengan pakej Maxis Broadband yang sedang digunakan dengan YES 4G. Pastikan dahulu ciri yang perlu dilihat sebelum melanggan broadband takut menyesal pula bila dah langgan.

JS bandingkan harga, quota dan kelajuan antara dua Telco bagi memastikan ianya berbaloi jika dilanggan. Dari segi harga kedua dua telco hampir sama yang membezakan adalah quota yang diberi. Jika dilihat Maxis wifi berbaloi untuk dilanggan tetapi quota di bahagi 2 mengikut waktu.

Kelajuan pula, Maxis mempunyai kelajuan sehingga 42Mbps berbanding YES 4G dengan kelajuan 20Mbps. Maxis masih menggunakan line 3.5G yang ditinggkatkan manakala YES 4G line 4G. Dari segi pencapaian kelajuan bergantung kepada daerah sesuatu tempat.
maxis 3G wifi
YES 4G Wifi
Kesimpulannya, JS akan terus menggunakan maxis walaupun dalam 3.5G. Ini kerana YES 4G masih dalam percubaan dan terdapat beberapa masalah teknikal. Jika kita cari mengenai YES 4G di Google, masih ramai yang merungut mengenainya. Penambah baik dilakukan oleh telco YES 4G masih dijalankan jadi ianya belum sesuai untuk dilanggan.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter