21 December 2012
Berwaspada Jualan Akhir Tahun
Berwaspada Jualan Akhir Tahun | Hujung tahun adalah yang paling gembira bagi sesetengah pekerja yang makan gaji. Mana tidaknya, mendapat bonus dari penghargaan syarikat kepada pekerja atas pretasi syarikat.
Ini yang dinantikan untuk menggunakan wang Bonus. Jualan Akhir tahun kini kembali lagi di pasaraya, gudang perabot, kedai elektronik dan lain-lain lagi. Pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendapat potongan dari 5% sehingga 90%.
Tapi perlu di ingat, fahami dahulu iklan yang dipaparkan di dada akhbar dan media cetak tentang potongan harga jualan akhir tahun. Bagi memastikan anda tidak kerugian, kecewa dan tertipu dengan taktik potongan harga.
Jangan terlalu percaya dengan potongan harga yang tinggi secara bulat-bulat, mesti ada 'Udang di Sebalik batu'. Contohnya, kena beli secara hutang baru dapat potongan 30% dll. Amalkan sikap bertanya jika ada rasa ragu-ragu terhadap barangan yang diberi potongan.
Beli barang yang perlu dan akan digunakan bagi mengelak kehabisan wang. Simpan wang untuk kegunaan hari mendatang bukan dihabiskan dalam masa singkat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kena berjimat juga ni. huuu...
ReplyDeletennt kemudian hari menghadapi kepayahan.. kena da simpanan.
Betul tu! Berhati2 dgn pelbagai taktik peniaga untuk lariskan jualan sempena Pesta jualan akhir tahun...
ReplyDeletePotongan gila2...tapi untung pun gila2, macam mane tu ye?
jgn sampai terkono sudah~
ReplyDeletehujung tahun masa utk buat tauke untung woO~