22 December 2012

Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Maxis

Posted by   on

Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Maxis | Atas permintaan, SA akan preview lebih lanjut mengenai Broadband Prepaid dan Internet Mobile. Ini sebagai rujukan bagi yang baru mencari broadband Prepaid dan Internet Mobile.

SA memilih Maxis sebagai Preview pertama Broadband Prepaid dan Mobile Internet. Bagi yang kurang penggunaan dalam melayari Internet sesuai memilih Pakej Prepaid. Maxis telah memperkenalkan starter pack & kit untuk Broadband Prepaid.


Hanya dengan harga RM88 anda mampu memiliki Hotlink Broadband Starter Kit. Dalam Hotlink Broadband Starter Kit anda akan mendapat :
  • 1 HSPA Modem USB drive berkelajuan  7.5mbps.
  • Free 500MB data pass
  • 1 Hotlink Broadband Simcard,
Jadual hari, harga dan Quota yang di tawarkan.


Bagi pengguna smartphone, Hotlink menawarkan pakej Internet Broadband. Harga penggunaan bergantung kepada pilihan anda. Apa yang anda perlu adalah membeli simcard yang hanya berharga RM8 sahaja. Lihat jadual dibawah..

Pandangan SA :
  1. Harga adalah berpatutan dan sesuai untuk student yang mahu berjimat dalam perbelanjaan.
  2. Quota yang diberikan tidak sesuai untuk yang kerap membuka laman web, download dan bermain game di laman sosial. Hanya sesuai untuk mencari bahan kajian dan ber chatting.
  3. Caj akan dikenakan jika melebihi quota yang di tetapkan. Caj RM0.05/10kB apabila melebihi had kuota.
  4. Coverage tiada masalah, Sentiasa mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah.
SA memberi 4 bintang dari 5 bintang untuk Plan Maxis Broadband Prepaid dan Mobile Internet.

p/s : preview ini tidak dibayar oleh pihak maxis. Ini hanyalah perkongsian yang di buat SA untuk panduan sahaja...

  • Preview 3 Telco Broadband Prepaid
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Celcom. (Akan Datang)
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet DiGi. (Akan Datang)
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet UMobile (Akan Datang)

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter