23 April 2013

Bahaya Penyakit Tibi

Posted by   on

Bahaya Penyakit Tibi | Penyakit Tibi a.k.a Batuk kering pasti ada yang tahu dan ada yang tidak tahu bahawa ianya penyakit yang boleh berjangkit serta boleh bawa maut jika tidak dicegah. Sebelum ini SA pernah kongsi entri mengenai SA kena penyakit Tibi.

- sumber google image -
SA masih lagi mengambil ubat dan membuat pemeriksaan doktor untuk penyakit tibi. Jika anda lihat di sidebar blog ini ramai mencari mengenai penyakit Tibi. Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil kisah mengenainya. Jika anda mengelami batuk sila jumpa doktor dan jika batuk tidak baik lagi rujuk kembali doktor untuk membuat x-ray.

anda boleh rujuk lebih lanjut pada entri SA sebelum ini - kena penyakit Tibi atau Berita Harian - Semalam anak kawan SA meninggal dunia selepas koma selama seminggu berpunca penyakit tibi. Hari ini anak kawan SA telah sellamat dikebumikan. Baru berumur 21 tahun dan masih belajar IPT, akibat tidak mengambil kisah batuk yang dia hadapi untuk dirujuk pada di Hospital.

Dengan hanya makan ubat batuk sahaja tidak dapat membunuh kuman di paru-paru. Bertapa bahayanya penyakit tibi ini jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Al-Fatihah untuk beliau... Penyakit tibi boleh berjangkit dari orang yang mengalami penyakit tibi melalui batuk, bersin dan bernafas.

Anda yang diluar sana, ambil kisah penyakit anda. Jangan ambil sikap "tak pe" dalam hal kesihatan atau apa sahaja perkara.

  1. Kehadiran ramai pendatang asing membawa penyakit Tibi kembali menular. Tambahan cuaca panas sekarang ini...ramai yg batuk. Virus ini cukup mudah tersebar. Innalillah...buat yg pergi. Semoga anda sentiasa dilindungi dan berterusanlah menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  2. semalam kat skola dah ada yg meninggal sebab tibi la, kesian kat arwah. kurus je. mudah2an di jauhkan.

    ReplyDelete
  3. @Norcahaya Ali Al-Fatihah utk beliau.. Jgn lp bt pemeriksaan juga,periksa sama de kena atau tidak..

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter