Good Bye CBox | Usaha mengemas kini blog sedang dijalankan bagi membuang widget yang menyebabkan blog perlahan dan spam. Walaupun terasa sayang untuk membuangnya dari senarai di sidebar, tetapi itu lebih baik dari tiada manfaat langsung untuk blog ini.
Dalam banyak widget hanya 1 sahaja yang SA rasa banyak memberi masalah dari beri kesenangan. Widget ini diletak bertujuan memudahkan penggunjung yang malas hendak komen meninggalkan jejak supaya SA boleh balas kembali. Tetapi ianya banyak menyusahkan SA kerana terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan Link spam.
Widget CBox diletak untuk bagi kemudahan telah disalah guna sesetengah penggunjung dengan meletak link iklan untuk mendapat keuntungan sendiri. Kebanyakan SA dapat link dari SAYS ( kini 8share.com), Link promosi adf.ly dan sebagainya.
Jadi membuat keputusan membuang widget CBox adalah lebih baik daripada terus diletak. Salah satu sebab kenapa kebanyak blogger otai membuang Widget Chat. Lagi pun Widget Chat ini menyebabkan kerugian pelawat jenis Unique Visitor kerana mereka hanya singgah di blog kurang dari 60 saat. Jadi biarlah mereka ringan tulang untuk memberi komen pada entri jika mahu blog mereka di kunjungi kembali sambil itu dapat mengelakkan kehilangan Unique Visitor.
Bagi yang masih menggunakannya, jika terdapat banyak link spam atau blogger yang malas hendak duduk lama diblog anda elok lah buang sahaja widget Chat ini. Hanya merugikan kita untuk mendapat Unique Visitor blog sahaja. Keputusan ditangan anda...
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...