Produk Susu Danone Dumex Di Tarik Balik | Jatuh reputasi syarikat Danone Dumex di mata pengguna apabila produk susu di tarik balik. Satu kesilapan kecil yang mengakibatkan bahan yang terdapat dalam susu tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.
Bagi yang belum ketahui produk susu Dumex tarik balik boleh baca sedikit artical dari Harian Metro ini.
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata, Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
“Keselamatan pengguna keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaru yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami,” kata kenyataan itu.
Kelmarin pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ‘whey protein concentrate’ (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
WPC adalah bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.- Selanjut di Harian Metro
Sila ambil perhatian terhadap masalah ini bagi mengelak keracunan makanan terhadap baby dan diri sendiri. Akibat daripada kecuaian pengeluar, pengguna menjadi mangsa. Nasib baik Danone Dumex cepat tarik balik produk susu mereka sebelum berlaku perkara yang tidak di ingini.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)
Selamat Hari Raya Aidilfiri juga kpd Bin Muhammad..
Delete