02 August 2013

Zakat Oh Zakat

Posted by   on

Zakat Oh Zakat | Sudah membayar zakat fitrah? Kalau belum silalah buat sekarang janganlah tunggu disaat akhir. Bayaran zakat tidaklah semahal mana pun jika dibandingkan barang duniawi yang mahal.

 Tujuan Tabung zakat ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, bertindak sebagai syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu dari tabung ini. 

Oleh itu, ianya bertindak sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang menganggur, orang-orang miskin yang memerlukan, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orang-orang sakit, dan lain-lain. Ia merupakan insurans sosial yang penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang cerah bagi mereka.

sumber gambar : FB

Di Negara (Malaysia) kita terdapat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang menggutip zakat yang di bayar masyarakat. PPZ dipertanggungjawab untuk memberi dan agihkan pada yang kurang mampu dan memerlukan bantuan. Disebaliknya berlaku di PPZ, dimana wang kutipan zakat sukar diterima oleh orang yang memerlukan lebih lagi umat islam.

Umat islam yang memerlukan bantuan zakat perlu melalui pelbagai kerenah pentadbiran sehinggakan mereka yang memerlukan tidak dapat bantuan zakat. Ada khabar angin sebelum ini memberitahu dimana wang zakat yang diperuntukan untuk membantu umat islam telah disalah gunakan. Antara beberapa cerita yang pernah SA dengar sendiri dari laman Web dan pekerja dalam PPZ :

  • Wang Zakat Di gunakan untuk membiayai pengajian pelajar islam cemerlang dalam bidang agama keluar negara. Pelajar Islam tersebut dari golongan keluarga kaya seperti VIP & VVIP yang mampu membayar pengajian. Manakala pelajar Islam kurang mampu sukar mendapat pembiayaan PPZ. 
  • Masyarakat Islam yang miskin sukar mendapat bantuan akibat pelbagai prosedur yang sukar di ikuti orang yang memerlukan bantuan. 
  • dll 

Diharap PPZ dapat pelbaiki sistem pengagihan zakat yang dibayar pada Umat islam supaya Umat Islam yang memerlukan dapat dibantu. Kita sebagai pembayar zakat mengharapkan setiap zakat yang dibayar digunakan dengan cara betul dan memperolehi keberkatan dan pahala dari pembayaran.

  1. selagi dia pelajar... dikira golongan fisabilillah...layak terima zakat...x kira dia kaya ke apa...masuk dalam asnaf zakat...

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter