12 October 2013

Majlis Home Coming MAP Di PUO

Posted by   on

Majlis Home Coming MAP Di PUO | Sabtu lalu SA mengikuti aktiviti Alumni PSA ( Politeknik Shah Alam ) ke PUO (Politeknik Ungku Omar) di Ipoh, Perak untuk menghadiri Majlis Home Coming Majlis Alumni Politeknik ( MAP ) Malaysia. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Alumni PUO pada majlis tersebut.

Aktiviti yang di jalankan amat meriah dengan mengadakan pertandingan mewarna (untuk kanan - kanak ), Forum & Keusahawanan, jualan makanan, Ais cream & belon FREE, pameran PUO, Pertandingan Golf dan pertandingan Bowling. Acara dijalankan bagi mengeratkan hubungan sesama Alumni Politeknik Malaysia dan memberi pendedahan pada pelajar yang bakal graduate supaya aktif bersama Alumni.

Kehadiran Ahli Persatuan Alumni PSA ke PUO tidak mendapat sambutan walaupun pengangkutan dan wang belanja diberi. Hanya yang hadir cuma 11 orang walaupun sasaran pergi 30 orang untuk ke PUO. Bas PSA yang telah di tempah Alumni PSA terpaksa di batalkan kerana jumlah yang hadir tidak memuaskan.

3 buah kereta yang digunakan, segalanya di tanggung oleh Alumni PSA. Kehadiran Alumni PSA agak lewat, tetapi tujuan kami datang hanyalah untuk menghadiri perlawanan Bowling dan makan malam sahaja. Yang lain agak kurang berminat. Alumni dari Poli lain kebanyakan vateran (orang lama) berbanding Alumni PSA di mana di terajui oleh orang muda dan Vateran.

Sampai PUO terus daftar dan dapat kupon RM3.
Pameran Di Dataran Premier bersebelahan Dewan Warisan di Dalam PUO.

Hasil Ciptaan Kebanggaan PUO. 

Pertandingan Bowling Antara Alumni Politeknik PUO, Alumni Politeknik PSA dan Alumni Politeknik Metro Kuala Lumpur.

Makan Malam Majlis Home Coming (MAP). Gambar Ahli Jawatan Kuasa Alumni PSA dan bekas pelajar PSA pada makan malam di PUO.
SA ucapkan tahniah kepada Alumni PUO kerana dapat mengguruskan Majlis Majlis Home Coming (MAP) dengan lancar dan meriah. Rasa tidak percaya Alumni PUO dapat membuat majlis dengan begitu meriah tanpa sebarang masalah. Cuma yang dikesali Alumni Politeknik bahagian utara yang tidak ikut serta aktiviti yang dijalankan.

Seronok juga ikuti aktiviti Alumni ini. Rugi betul yang tidak turut serta dalam alumni yang telah dibayar semasa graduate. Aktiviti pelbagai dari derma, sukan, berniaga dll dapat diperolehi jika aktif. Apa lagi jom aktif dengan Alumni anda sekarang..

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter