12 October 2013

Mana Tingkat 4

Posted by   on

Mana Tingkat 4 | Mungkin terasa pelik bila menaiki lift tiada butang tingkat 4. Itu yang terjadi pada SA berada dalam lift. Banggunan yang di sewa oleh syarikat tempat SA berkerja tidak mempunyai butang tingkat 4 sebaliknya digantikan dengan butang tingkat 3A.


Pasti ada cerita kenapa mereka menukarkan butang tingkat 4 dengan butang tingkat 3A. Secara umum kita tahu bahawa nombor 4 adalah nombor malang atau tidak bertuah bagi orang cina. Kepercayaan orang cina telah merebak sehingga pelbagai orang telah percaya akan nombor tersebut membawa malang.

Ada pula cerita lain yang mengatakan banggunan di tingkat 4 sangat keras (berhantu) walaupun tidak ditekan butang tingkat 4, lift akan berhenti lama ditingkat 4. Nombor malang kini sudah bertambah berpunca dari penghasilan cerita seram berdasarkan nombor. Orang kini makin percaya akan nombor tersebut malang dan ramai sanggup menukar nombor rumah, kenderaan atau telefon supaya tidak ditimpa malang.

Bagi SA tiada nombor malang cuma kita sebagai manusia jangan terlalu bongkak dalam hidup. Tidak kira nombor apa pun atau tingkat bangunan pun kalau kita terlalu bongkak dan lupa diri ianya akan jadi malang dalam hidup. Di dunia ini bukan sahaja manusia, Haiwan, tumbuhan dan alam semulajadi yang ada tetapi ada juga makhluk lain seperti hantu dll yang kita tidak ketahui kewujudan mereka.

Hidup biarlah merendah diri tidak kira sudah kaya atau berjaya. Kehidupan kita umpama roda, sekejap atas sekejap bawah. Sentiasa beringat sebelum terlambat...

  1. Selain No 4...No. 13 pun dianggap nombor malang, selalunya di ganti dengan 12A. Macam2lah kepercayaan mereka ini.

    ReplyDelete
  2. Aah pernah terbaca pasal benda ni kat internet.

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter