30 May 2014

Bungkus dan Tutup Ada Bezanya

Posted by   on

Di hari Jumaat ini, SA hendak kongsi dengan anda sedikit Motivasi yang bermanfaat untuk kita bersama. Perkongsian ilmu di ambil dari sumber FB Ustaz Zamri . Motivasi berkait rapat dengan kehidupan terkini kita.

Perbezaan Bungkus Dengan Tutup ialah pilihan kita buat sekarang dan mendatang. Cuba fahamkan makna tersirat pada ayat tersebut. Ayat tersebut dalam bentuk perbualan 2 orang yang anda mudah fahami jika membacanya.


Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mane ko tahu?
Ahmad: Aku nampk nasi terkeluar sikit itu. Lagi pun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Cam ne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bukan aku yang pandai, ko yang tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lagi la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mana la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mane aku nak tau. Malas la jawab.

Maka pilihlah TUTUP.

Fahamkan maksud yang hendak di sampaikan penulis tersebut. Jangan malas untuk fahami, hidup ini menyuruh kita berfikir untuk fahami sesuatu perkara dan jangan sesekali malas berfikir.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter