10 June 2014

Madu Asli Dan Madu Tiruan

Posted by   on

Madu Asli Madu Tiruan
Bila cerita mengenai madu pasti anda pernah di tipu dan di tipu mengenai madu Asli dan tiruan. Madu termasuk produk yang mudah dipalsukan. Dengan menjual madu palsu, keuntungan besar mudah diraih. Membuat madu palsu tidak sesukar menghasilkan madu yang asli. Maka madu palsu lebih banyak beradar di pasaran berbanding madu asli dan tulen.

Rasa, kualiti, dan khasiat madu palsu/tiruan tidak akan sama dengan madu asli, bahkan madu tiruan yang dicampur dengan gula dan bahan lain boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan selalu.

Jika anda menjumpai ada yang menjual di pasar ianya adalah madu tiruan yang telah dicampur dengan air atau gula bagi mendapat keuntungan. Penjual tidak mengambil peduli mengenai risiko menjual madu tiruan asalkan mendapat keuntungan berlipat ganda hasil menjual Madu asli.

Madu asli adalah madu yang dihasilkan dari nektar bunga yang dihisap oleh lebah madu dan kemudian masuk ke dalam kantung madu dalam tubuh lebah. Nektar bunga bercampur dengan enzim dalam lebah kemudian dikeluarkan semula di tempat penyimpanan madu di sarang lebah.

Kandungan madu asli beraneka jenis bergantung pada sumber nektar bunga. Khasiat madu asli juga berbeza-beza bergantung pada nektar bunga. Namun dari mana pun nektarnya, madu asli merupakan sumber gizi yang lengkap. Madu asli mengandungi Vitamin-Mineral, Protein, Carbohydrate substances, Hormon, Antibiotik dan trace elements, Vitamin A, semua jenis vitamin B kompleks, beta carotene, Vitamin C, D, E dan K. Mineral dalam bentuk garam: Mg, S, Fe, Ca, Cl, K, Y, Na, Cu, dan Mn.

Madu asli mengandungi enzim aktif yang tidak dapat dihasilkan manusia. Enzim inilah unsur paling penting dalam madu yang berfungsi sebagai kelangsungan reaksi kimia biologi dan sistem metabolisme dalam tubuh.
Enzim dalam madu merupakan enzim terbaik yang dapat diperoleh dari semua jenis makanan yang ada.

Kebanyakan madu yang beradar di pasaran adalah madu tiruan atau tidak asli 100%. Namun dengan mengetahui sifat dan kandungan madu, dapat dinilai antara yang “asli” dan “palsu” serta kualitinya. Antara jenis pemalsuan madu:

  • Pemalsuan JUMLAH, dilakukan dengan mencampur madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya mencampur gula atau madu buatan yang lebih murah dan kemudian digaul bersama madu asli.
  • Pemalsuan KUALITI, dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang asalnya tinggi, lalu diturunkan dengan kaedah pemanasan.
  • Pemalsuan MENYELURUH, yakni madu yang diklaim “asli” padahal ia 100% tiruan, bukan madu yang berasal dari lebah.

Secara fizik, madu asli dan palsu dapat dibezakan dengan melihat ciri khas fizik madu asli sebagai berikut :

  • Menitiskan madu pada sehelai kertas. Madu palsu akan mudah terserap pada kertas kerana kandungan airnya tinggi.
  • Dengan mengocoknya. Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika dikocok.
  • Mencampur dengan telur ayam/itik. Madu asli yang diadun bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.
  • Tuang ke bekas berisi air. Madu asli akan terus jatuh ke dasar bekas, tidak bercampur dengan air dan air akan kekal jernih. Sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
  • Madu asli jika dituang ke dalam air hangat tidak akan pecah. Air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang tidak tulen (sudah dicampur), air akan lebih cepat menjadi keruh.

Sayangnya, saat ini banyak madu tiruan yang menyerupai madu asli sehingga cara-cara tersebut hanya dilakukan sebagai pertimbangan saja.

TIPS MEMBELI MADU ASLI

Tips untuk mendapatkan madu asli adalah membelinya dari penternak lebah yang dipercayai pada masa madu dituai, dapatkan maklumat tentang cara penternakannya. Jika tidak mampu membeli dari penternak lebah, bandingkan ciri-cirinya, dan bandingkan harganya dengan madu yang sama jenis. Jika harganya murah, boleh jadi ia madu tiruan. Madu asli biasanya di botolkan dalam 250ml sahaja dan berharga antara RM50 hingga RM150 bergantung pada bahan yang ada dalam pasaran.

Usahakan ketika membeli madu, kita mengetahui jenis nektar madu tersebut. Ini kerana setiap nektar mempunyai sifat dan karakter fizik yang khas dan berbeza antara satu sama lain. Khasiat dan kadar penyembuhan juga berbeza-beza.

Kandungan madu yang tidak boleh dipalsukan adalah wujudnya Enzim Diastase. Kandungan Enzim Diastase inilah salah satu yang diuji untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Ini kerana enzim ini hanya dihasilkan dari kelenjar air liur lebah.

Dengan info ini dapat membantu kita bagaimana hendak mendapat dan mengetahui perbezaan Madu Asli dengan Madu tiruan. Waspada sebelum terkena penyakit..

Sumber :
Dr.Abu Hana di http://kaahil.wordpress.com
Buku Terapi Madu, penulis dr.Adji Suranto,SpA. Penerbit Penebar Swadaya, Jakarta, 2007.
http://gizanherbal.wordpress.com/

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter