31 August 2015

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke

Posted by   on

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke | Berakhirnya perhimpunan Bersih 4.0 yang menjadi tumpuan bermula pada 29 Ogos 2015 sehingga malam Ahad 30 Ogos 2015. Perhimpunan yang dibuat di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa Negara Luar. Perhimpunan yang di anjurkan adalah untuk menyatakan suara rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya.

Perhimpunan lalu mendapat perhatian dunia mengenai masalah Rakyat Malaysia terhadap Pemimpin Negara. Walaupun perhimpunan ini memalukan Negara, tetapi ramai menganggap ianya adalah suara rakyat yang perlu di ambil tahu.









Dalam perhimpunan Bersih 4.0 adakah penganjur mengamalkan sikap BERSIH tanpa membuang sampah merata-rata. Bukan apa bila menganjurkan perhimpunan yang di namakan BERSIH mestilah bersih juga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Adakah mereka mengamalkan sikap Bersih? Lihat gambar di bawah...



Nampaknya perhimpunan ini mengamalkan sikap bersih dengan menyediakan plastik sampah untuk membuang sampah yang telah digunakan. Perhimpunan BERSIH 4.0 berlangsung dengan aman tanpa sebarang masalah dengan pihak berkuasa berbanding perhimpunan sebelum ini.

Untuk pengetahuan laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang mengajak ke perhimpunan bersih 4.0 akan disekat oleh SKMM. Untuk berkongsi gambar rasanya tidak salah kerana banyak laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang berkongsi gambar tidak disekat. Malah ianya tidak salah. Sekadar perkongsian gambaran suasana ketika BERSIH 4.0.

Sumber gambar: Dari pelbagai sumber online termasuk blog, facebook, twitter dan juga instagram.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter