15 December 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA

Posted by   on


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA | Kepada yang pernah belajar di POLITEKNIK SHAH ALAM, Alumni PSA akan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA pada hari Sabtu ini. Kalau anda ada masa lapang sabtu ini apa kata datang untuk meriahkan suasana. Manalah tahu boleh jumpa kawan lama secara tidak sengaja di sana nanti.

Bagi yang terasa ingin hadir boleh lihat keratan gambar akhbar yang saya sertakan dibawah ini. Ianya telah disertakan sekali tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung.

Keratan Akhbar
Dengar cerita Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA diadakan bagi membuat pemilihan baru untuk Ahli Jawatan Kuasa (AJK). Saya salah seorang bekas pelajar PSA akan cuba hadir kerana saya juga adalah ahli Persatuan Alumni.

Anda juga mungkin adalah ahli juga, cuba ingat kembali yuran yang dibayar masa hendak ambil sijil dahulu. Kehadiran di mesyuarat ini membolehkan kita bertanya dan mendapat maklumat mengenai wang yang dibayar adalah untuk kegunaan apa oleh Alumni PSA.

Bagi yang ingin hadir atau tidak disarankan oleh pihak alumni PSA untuk mengisi borang Google Form yang telah mereka sediakan. - Google Form Kehadiran/Tidak Hadir -

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter